Syiling Emas Aneh Abad Ke-15 Bernilai £15,000

 

BOURNEMOUTH, Britain – Seorang pencari harta karun amatur menemui sekeping duit syiling emas aneh abad ke-15 yang dianggarkan bernilai £15,000 (RM82,000) dekat sini baru-baru ini.

Brian Biddle, 64, pada mulanya menyangka objek yang ditemui itu penutup botol minuman, namun terkejut apabila mendapati itu adalah mata wang zaman pemerintahan Raja Edward ke-5.

Menurut laporan, dia menemui syiling berusia 533 tahun itu dengan menggunakan peralatan mengesan logam di sebuah ladang milik seorang petani di Tolpuddle, Dorset dekat sini.

Sebaik menemui syiling itu, Biddle merujuk kepada Muzium Dorchester dan pakar mengesahkan syiling itu memaparkan imej Ketua Kesateria Saint Michael membunuh seekor naga.

Syiling itu disahkan milik Biddle dan akan dilelong dalam acara lelongan di London serta dijangka meraih bidaan sehingga £15,000.

Biddle mahu berkongsi separuh daripada hasil keuntungannya dengan petani yang memiliki ladang tersebut iaitu tempat syiling itu ditemui. – Agensi/Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!