Pusat Sedia RM70 Juta Bina Dua Jambatan Di Kelantan

KUALA KRAI – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memperuntukkan kira-kira RM70 juta untuk pembinaan dua buah jambatan di negeri ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kedua-kedua jambatan berkenaan adalah di Kampung Pemberian dan Pulau Setelu.

“Kedua-dua jambatan telah runtuh akibat bah kuning pada penghujung 2014 dan perlu dibina semula untuk kemudahan penduduk setempat untuk keluar masuk.

“Setakat ini, kerja-kerja pembinaan telah bermula iaitu Jambatan di Kampung Pemberian menelan belanja RM30 juta manakala di Pulau Setelu bernilai RM40 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Jambatan Kampung Pemberian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata, selain dua jambatan berkenaan, satu lagi projek yang telah diluluskan ialah jambatan yang menghubungkan Machang dan Tanah Merah yang bernilai RM50 juta. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.