Hugh Jackman Sekali Lagi Diserang Kanser Kulit

Pelakon terkenal Hugh Jackman mendedahkan dia kembali dirawat selepas didiagnos diserang kanser kulit.

Menerusi Twitter miliknya, Hugh menjelaskan, sel basal karsinoma di bahagian bawah kulitnya kembali aktif namun kanser itu masih berada pada tahap awal.

“Satu lagi sel basal karsinoma. Terima kasih untuk semua doktor yang merawat saya,” tulisnya bersama sekeping foto hidung berbalut.

 

Menerusi temubualnya dalam rancangan Live with Kelly semalam, bintang filem X-Men itu memberitahu keadaannya sudah kembali stabil dan menyarankan peminatnya agar sentiasa melindungi kulit badan daripada sinar matahari.

“Semuanya baik dan sudah kembali pulih. Ia adalah kanser kulit namun belum memasuki tahap berbahaya.

“Ia perkara normal bagi saya yang mempunyai keturunan dari Australia. Beginilah, sekali kamu mendapat sunburn ibaratnya kamu sudah disuspek mendapat kanser. Saya pula tidak gemar memakai krim, jadi mudah untuk mendapat kanser ini,” katanya.

Sebelum ini, ia merupakan kali keenam rawatan kanser kulitnya malah tahun lalu Hugh pernah memuat naik foto dalam keadaan hidung berbalut ketika sedang menjalani rawatan sama.

Dalam perkembangan lain, Hugh muncul dalam filem terbaharu, Logan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.