TMJ Makan Malam Bersama Ketua Jurulatih Valencia

PEMILIK pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat makan malam bersama ketua jurulatih Valencia Gary Neville dan penolong jurulatih Phil Neville.

 

Pertemuan tersebut bagi berkongsi idea dalam pelbagai aspek pengurusan dan kemajuan bola sepak antara kedua belah pihak.

 

Sebelum ini, Tunku Ismail melawat Camp Nou dan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu.

 

Malah Bartomeu sendiri berkata bakal membuat lawatan ke Larkin satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.