Video: Lupa No IC, Netizen Sifatkan Mahathir Nyanyuk

KUALA LUMPUR – Tindakan spontan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tiba-tiba berhenti seketika untuk menyeluk poket seluar ketika majlis menandatangan Deklarsi Rakyat menimbulkan tanda tanya ramai petugas media.

 

Beliau yang duduk di sebelah Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali mulanya dilihat tersenyum sendiri selepas menulis namanya pada deklarasi tersebut sebelum tiba-tiba berhenti seketika dan menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan dompet.

 

Aksi bersahajanya itu itu kemudian mengundang gelak tawa sebahagian petugas media setelah masing-masing menyedari Dr Mahathir bertindak demikian selepas terlupa nombor kad pengenalannya dan terpaksa merujuk pada lesen memandu.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata penguna media sosial mengulas insiden tersebut secara sinis termasuk ada yang menyifatkan Dr Mahathir sudah nyanyuk.

 

“Oh Malaysia tanahairku semakin haru biru, tempat lain haru-biru disebabkan perang disini haru-biru disebabkan kegilaan ahli politik tua yang bernama Mahathir,” katanya Abd Halim Abd Aziz.

 

“Betul kata Mahathir dulu Melayu mudah lupa, dia pun lupa no kad pengenalan sendiri.. hahahahahah,” tulis Amin Azman.

 

“Tuhan dah tunjuk Mahathir dah mula nyanyuk, tapi masih tamak dan gilakan kuasa… baut malu satu Malaysia tengok dia dah tak mampu nak ingat IC sendiri… Semoga dia diberikan hidayah untuk tidak lupa kembali ke pangkal jalan,” ujar Farida Abdul pula.

 

Seramai 58 pemimpin politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menandatangani Deklarasi Rakyat dalam usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.