Video: Rompakan Di Depan Bank Di Bayan Baru

Georgetown – Dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kira-kira RM500,000 dalam satu kejadian di hadapan sebuah bank di Bayan Baru, di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua suspek yang menunggang motosikal pada mulanya menendang seorang pengawal keselamatan dan melepaskan tembakan rambang sebelum merampas dua beg berisi wang tunai.

 

Bagaimanapun, pengawal keselamatan terbabit melepaskan tembakan yang terkena kaki salah seorang daripada suspek.

 

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah, berkata suspek yang cedera kemudian meninggalkan satu beg mengandungi wang tunai RM300,000.

 

“Bagaimanapun, satu lagi beg mengandungi wang tunai RM500,000 berjaya dilarikan kedua-dua suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.