Video: Remaja Melutut, Elak Ditahan Polis Kerana Mengintip Dalam Tandas

Singapura – Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kerana memasuki tandas wanita di sebuah kolej kerana disyaki cuba untuk mengintip.

 

Menurut portal Straits Times Singapore, remaja tersebut ditahan oleh salah seorang pelajar kolej tersebut sebelum diserahkan kepada pihak pengurusan dalam kejadian pada Selasa itu.

 

Rakaman mengenai penangkapan remaja tersebut turut disebarkan melalui laman sesawang Facebook.

 

 

Sejurus selepas ditahan remaja lelaki yang memakai skirt, rambut palsu dan bertopi itu merayu agar dia dibebaskan berdasarkan rakaman berdurasi 1:14 minit yang dimuatnaik itu.

 

Suspek turut kelihatan melutut sambil berulang kali menyatakan permohonan maaf sambil menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut.

 

Memetik laporan tersebut, jurucakap polis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.00 tengahari.

 

Anggota polis yang dihantar ke tempat kejadian kemudiannya, menahan remaja tersebut atas dakwaan menceroboh bagi menjalankan siasatan.

 

Menurutnya remaja tersebut pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.