PM Arah Ketua Audit Negara Periksa Akaun 1MDB

Kuala Lumpur – Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah mengarahkan ketua audit negara menyiasat akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas berhubung status syarikat pelaburan pembangunan terbabit.

 

“Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” kata Najib.

 

Kenyataan itu menerangkan perdana menteri hari ini memanggil 1MDB dan juru audit mereka, Deloitte menghadap Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini berkaitan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu.

 

Arahan tersebut turut diumumkan perdana menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini.

 

Di dalam pertemuan itu juga, barisan kabinet yakin bahawa tiada salah laku yang ada di dalam operasi 1MDB seperti yang didakwa pihak luar.

Bagaimanapun, siasatan dan juga proses audit tetap akan dijalankan seperti yang diarahkan oleh Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu.

 

 

Kabinet bagaimanapun, menganggap syarikat pelaburan strategik yang dilanda beban hutang itu tidak melakukan kesalahan kerana tuduhan terhadapnya membabitkan pihak ketiga.

 

Pada mesyuarat Kabinet hari ini, pengurusan 1MDB dan juru audit Deloitte turut hadir memberi taklimat kepada jemaah menteri, menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang ini.

 

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda menyambut baik pengumuman perdana menteri itu dan berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada ketua audit negara.

 

Dalam reaksinya, Arul berharap ia akan melenyapkan spekulasi dan tuduhan terhadap syarikat itu, yang disifatkannya bermotif politik.

 

“Jelas serangan terhadap 1MDB bermotif politik. Ia merupakan usaha yang sengaja disusun bagi melemahkan syarikat itu dengan menyebar tuduhan dan spekulasi tidak berasas, yang seterusnya boleh mengancam ekonomi.,” kata Arul.

 

PM 1mdb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.