Penjara Tolak Permohonan Anwar Hadir Parlimen

Kuala Lumpur – Jabatan Penjara menolak permohonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang Parlimen yang bermula Isnin depan.

 

Sumber SuaraTV memberitahu, surat yang dihantar ke Parlimen petang tadi telah ditandatanggani oleh Ketua Pengarahanya, Dato Sri Hj Zulkifli Omar bagi memaklumkan mengenainya keputusan tersebut.

 

Perkara itu turut disahkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ketika diminata mengulas mengenai perkara itu.

 

“Ya, (jabatan penjara menolak permohonan itu),” kata anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah.

 

Katanya, peguam Anwar akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

 

“Jawapan akan dilakukan oleh peguam,” katanya apabila ditanya apa tindakan seterusnya keluarga Anwar berhubung surat itu.

 

Sivarasa Rasiah, seorang peguam Anwar mengesahkan Jabatan Penjara menolak permohonan dibuat oleh keluarga Anwar.

 

“Kami akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Saya tak dapat komen sekarang,” tambahnya.

 

PKR sebelum ini telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memohon kebenaran itu berdasarkan peruntukan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Whip Anggota Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dalam satu kenyataan sebelum ini berkata: “Perkara 48 (4)(c) juga menjelaskan Anwar cuma hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah petisyen yang dikemuka dibereskan (ditolak)”.

 

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-13 akan bersidang hingga 9 April 2015.

 

Menurut Johari, beliau sendiri menyerahkan surat permohonan itu kepada Pandikar Amin pagi ini, manakala salinannya diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

 

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan protes sekiranya Anwar dilarang menghadiri sidang Parlimen.

 

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 24 Februari mengumumkan Anwar masih kekal sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong menerima maklum balas.

 

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar menyerahkan petisyen kepada lembaga pengampunan di Istana Negara sejurus sebelum tempoh 14 hari diberikan tamat.

 

Pada 10 Februari lalu, hakim lima panel diketuai Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

 

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

 

Rayuan pengampunan Anwar akan dipengerusikan Yang Dipertuan Agong dan anggota lembaga pengampunan terdiri daripada Menteri Wilayah Persekutuan, peguam negara, dan dua yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.