Juruterbang Mogok, NAS Batal Semua Penerbangan

OSLO – Syarikat penerbangan tambang murah Norwegian Air Shuttle menyatakan ia sudah membatalkan semua penerbangan di Scandinavia hari ini berikutan mogok juruterbang.

 

“Pembatalan itu boleh menjejaskan lebih 35,000 penumpang,” menurut kenyataan syarikat penerbangan bajet ketiga terbesar Eropah itu.

 

Kira-kira 70 juruterbang bertindak meninggalkan tugas selepas kegagalan rundingan perjanjian bersama Jumaat lalu dan tidak perusahaan mereka itu boleh berlarutan dan membabitkan 650 juruterbang lain mulai hari ini.

 

“Biarpun pihak pengurusan berusaha berulang kali untuk rundingan membina bagi mengekang mogok itu, dialog tidak dapat dilakukan.

 

“Keadaan malang ini menjurus kepada pembatalan semua penerbangan domestik di Norway, Sweden dan Denmark, Rabu, 4 Mac. Semua pelepasan antara ibu kota negara Scandinavia juga dibatalkan,” menurut syarikat penerbangan Norway itu.

 

Juruterbang syarikat itu yang digaji anak syarikat Norwegian Air Norway, mahu mengekal hubungan organisasi dengan syarikat induk dengan harapan ia akan menjamin pekerjaan mereka serta menyamaratakan gaji semua juruterbang dalam semua anak syarikat.

 

NAS yang mengalami kerugian tahun lalu, bercadang mengurangkan kos dan kemudahan kepada juruterbang. – AFP / BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.