IS: Kakitangan Kerajaan, Suri Rumah Antara Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Negara Islam (IS) dalam operasi khas di Johor, Perak dan ibu negara, sejak tiga hari lalu.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka merupakan rak­yat tempatan dengan sus­pek pertama adalah seorang suri rumah dari Johor berusia 29 tahun.

 

“Suri rumah itu didapati turut bertanggungjawab menghasut seorang gadis tempatan untuk menyertai kumpulan militan tersebut baru-baru ini.

 

“Sementara suspek kedua merupakan seorang peniaga dari Perak. Dia ditahan kerana terlibat me­nyum­bang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai IS di Syria,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Pada 18 Februari lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ketika cuba bertolak ke luar negara dipercayai untuk menyertai kumpulan IS di Syria.

 

Menurut Khalid, sus­pek ketiga pula me­rupakan seorang kakita-ngan sebuah jabatan kerajaan ber-usia 39 ta­hun.

 

“Suspek berasal da­ri Perak ditahan kerana disyaki membantu men­­daftarkan akaun Facebook untuk kegunaan beberapa rakyat Malaysia termasuk anggota kanan kumpulan tersebut. Dia juga merancang menyertai IS dalam masa terdekat,” katanya.

 

Tambah beliau, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan keganasan.

 

“Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” jelasnya. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.