Bekas Anggota Tentera Elit British Maut Berperang Dengan IS

SEORANG bekas komando tentera laut British yang menyertai puak kurdish untuk menentang kumpulan Negara Islam (IS) di Syria disahkan terkorban dalam peperangan.

 

Erik Scurfield dari Barnsley disahkan maut menerusi laporan saluran televisyen BBC pada Selasa.

 

Laporan itu juga memberitahu, Scurfield merupakan rakyat British pertama yang maut ketika berperang dengan IS di Syria dan Iraq.

 

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, Scurfield dipercayai maut ketika berperang di utara Syria iaitu wilayah Hasakah bersama Unit Perlindungan Rakyat Kurdish.

 

Komander Kurdish pula memberitahu, unitnya telah kehilangan seorang anggota tentera asing yang berani ketika bertempur dengan IS di bandar Tal Hamis.

 

“Ketika ditemui, Scurfield telah mati akibat kecederaan parah,” jelasnya. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.