973,067 Pemohon BR1M Gagal Boleh Kemuka Rayuan

PUTRAJAYA: Seramai 973,067 pemohon yang gagal dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sebulan bermula 1 Mac lalu.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata rayuan perlu dikemukakan secara manual melalui borang yang boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my atau melalui pemimpin tempatan.

 

“Rayuan ini tidak boleh dikemukakan secara online kerana pemohon perlu mengemukakan lampiran bagi menyokong permohonan mereka,” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.