Manfaat Pinjaman Tanpa Riba Terengganu

Ramai orang yang mengutuk Kerajaan Terengganu sebab mereka memberi pinjaman tanpa riba/faedah.

Kita perlu mengetahui bahawa duit akan hilang nilainya setiap tahun disebabkan komoditi ada inflasi. Duit anda RM50 tahun ini dan tahun depan tidak sama. Ingat tak, troli RM50 masa Zaman Mahathir ? Itulah anologinya.

“Entah manalah Terengganu ambil duit ini?”

Polisi kerajaan Terengganu ini menggunakan DANA YAYASAN yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat menjadi usahawan, bagaimana Terengganu dapat duit itu ? CUKAI NEGERI lerhhh..

“Habis itu, tiada faedah, kerajaan PAS Terengganu ini buat charity ke?”

Tidak sekali, kawan, mereka bukan membuat charity .Mereka perlu mendapatkan balik duit itu dan pastinya mereka akan mengutip balik dengan apa jua cara seperti pinjaman lain.

“Bagaimana Terengganu boleh mendapat hasil baik daripada skim ini? Too good to be true la..”

Macam ini kawan, Terengganu sedang buat projek long term untuk masyarakatnya, daripada bergantung kepada kayu balak atau mana-mana hasil bumi dan hasil kutipan perniagaan lain, Terengganu sedang membangunkan masyarakat di sana dengan minda keusahawanan (entrepreneurship).

Apabila ramai orang buat bisnes, lebih ramai boleh diberi kerja dan perlulah dibayar baik. Dan haraplah dengan sesama rakan-rakan sekali. Bolehlah menjana keuntungan ekonomi setempat dan negara jika main eksport. Apabila bisnes banyak, cukai negeri pun tambah.

Masyarakat pun akan lebih berdikari dan berjaya. Kan cukai negeri itu naik, itulah pendapatannya. Apabila ekonomi berkembang, rakyat sana ada kuasa pembeli, mesti lebih banyak produk boleh dibeli oleh konsumer, dengan ini ekonomi maju dan cukai itu bertambah.

Banyak hasil negeri Terengganu boleh dimajukan sebagai eksport negara seperti kerepok lekor, hasil ikan , batik, wau dan banyak lagi.

So kawan, ini bukan skim tipu dan sesuatu yang teruk..Kita perlulah sokong. Orang Pantai Timur ambillah loan itu, tetapi rasanya perlu tinggal sana.

Jangan kita ingat lebai PAS je, mesti pakai songkok sarung, mesti mereka itu jahil ekonomi. Ramai murid madrasah dan pondok yang berbakat dijadikan kadet PAS untuk masa depan, tahukah anda berapa ramai pakar ekonomi dan pakar kemajuan dan perancangan polisi dalam PAS? Ramai je Masters dan PhD. Sebegitulah kesinambungan dan keberlangsungan parti PAS, sebab itu mereka sangat kuat di Pantai Timur.

Apabila kita melihat keuntungan rakyat dan pemasaran nilai rakyat dan kemajuan mereka dipentingkan, negeri dan negara akan maju.

Apabila kita melihat keuntungan kapitalis, bank, kroni dan sebagainya, jurang ekonomi teruk dan rakyat tidak dimajukan, kita masih tersekat dan kebelakangan je.

Dalam tahun 2018 dan 2019 sahaja, banyak polisi baik yang dikemukakan oleh Terengganu PAS. PAS Kelantan dan PAS Terengganu berbeza corak pemerintahannya.

Sumber: FB Kiridaren Jayakumar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.