Trump Bidas Mahkamah Gantung Larangan Perjalanan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membidas keputusan mahkamah menggantung larangan perjalanan kontroversi terhadap tujuh negara majoriti warga Islam, menganggap ia ‘tidak masuk akal’ dan berikrar untuk mencabar keputusan itu.

 

Hakim Mahkamah Daerah Seattle, James Robart mengeluarkan perintah menyekat larangan itu semalam dan ia sah di seluruh negara itu, sementara menunggu kajian penuh aduan yang difailkan oleh Peguam Negara Washington.

 

“Pandangan hakim menghalang penguatkuasaan undang-undang negara, sesuatu yang ‘tidak masuk akal’ dan akan diubah,” tulis Trump menerusi laman Twitter.

 

Tulisnya lagi, apabila sesebuah negara tidak lagi mampu mengatakan siapa yang boleh atau tidak boleh keluar dan masuk, terutama atas sebab keselamatan ia adalah masalah besar.

 

Sekatan perjalanan yang sudah berkuat kuasa seminggu lalu menimbulkan pelbagai masalah di semua lapangan terbang di seluruh Amerika. Ia turut mencetuskan banyak bantahan daripada orang ramai. – AFP/BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.