Lelaki Laung ‘Allahuakbar’, Acu Parang Ditembak

PARIS – Seorang lelaki melaungkan ‘Allahu Akbar’ dengan bersenjatakan parang cedera ditembak anggota tentera Paris yang cuba diserang semalam berhampiran pintu masuk ke muzium Louvre.

 

 

Presiden Francois Hollande menyifatkan ia sebagai serangan pengganas.

 

 

Siasatan polis menunjukkan lelaki berkenaan, antara hidup dan mati selepas ditembak, rakyat Mesir berusia 29 tahun yang tiba di Perancis pada 26 Januari lalu selepas memperoleh visa pelancong di Dubai, kata pendakwa.

 

 

Sumber keselamatan di Kaherah mengenal pasti lelaki terbabit sebagai Abdullah Reda al-Hamany, yang dilahirkan di Dakahlia, wilayah di timur laut ibu negara Mesir itu.

 

 

Pendakwa raya, Francois Molin menerusi sidang akhbar malam semalam berkata, polis menggeledah pangsapuri yang disewa lelaki berkenaan di Paris dan kini menyiasat sama ada dia bertindak sendirian, mengikut gerak hati atau atas arahan orang lain.

 

 

Lelaki itu memakai baju hitam dengan lambang kepala kematian ketika menyerang askar yang memeriksa beg berhampiran pusat beli belah muzium itu, dengan parang di kedua-dua tangannya.

 

 

Tambah Molins, dia menyerang seorang askar dan memukul seorang lagi. Apabila meneruskan serangan, askar yang terjatuh di atas tanah melepaskan tembakan ke arah perutnya kata Molins.

 

 

Cuma tin penyembur cat, bukan bahan letupan, ditemui dalam beg sandangnya, kata sumber yang mengetahui siasatan itu. – REUTERS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.