Fasha Akui Rapat Dengan Seseorang

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha, 33, akui berkawan rapat dengan lelaki hampir sebaya.

 

Bagaimanapun pelakon itu belum bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam jangkamasa terdekat ini, petik BH.

 

Menurut Fasha, perkenalan singkat enam bulan lalu dengan mengenali sikap temannya yang sangat menghormati wanita membuatkan dirinya terbuka hati menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup.

 

Dia yang kembali solo sejak Januari 2016 bersedia menjalinkan hubungan dengan lelaki.

 

“Sedari dulu, sejak menceburi industri saya tidak berselindung apa-apa daripada peminat jika berkawan dengan sesiapa. Saya tidak mahu kalau saya keluar dengan lelaki tadi, orang akan tertanya-tanya.

 

“Biarlah saya berterus-terang. Orangnya bukan VIP, selebriti atau teman dalam industri.

 

“Sebagai wanita berdikari, saya bukan memandang lelaki berduit kerana saya sendiri mempunyai sumber kewangan yang kukuh,”katanya.

 

Tambahnya, dia bukan mahu cakap besar, namun hakikatnya sejak belum berkahwin lagi dia memang sangat kuat bekerja.

 

“Apa pun, persahabatan kami agak baharu. Cukup saya katakan usianya dalam lingkungan 30-an. Dia lelaki paling akrab dengan saya kini, yang ucap ‘Good Morning’ dan ‘Good Night’ setiap hari,” katanya apabila diminta mengulas lanjut mengenai keterbukaannya meluahkan perasaan kebelakangan ini.

 

“Biarlah saya berkahwin semula ketika anak-anak masih kecil. Namun, bukan dalam masa terdekat ini. Mungkin selepas satu setengah tahun lagi saya kembali berkahwin. Bukan takut atau serik, cuma sekarang biarlah saya penuhi masa dengan kerja dan anak-anak,” katanya yang turut menegaskan, dua zuriatnya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemaima, 2, yang memberinya kekuatan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.