71 Mangsa Banjir Kilat Di Subang Terima Skim MyAngkasa Rumahku Syurgaku

SUBANG – Seramai 71 orang penduduk Kampung Melayu Subang yang terjejas akibat kejadian banjir kilat pada Disember tahun lalu mendapat pembelaan hari ini apabila mereka diberikan skim perlindungan insuran MyAngkasa Rumahku Syurgaku.

 

Pemberian skim insuran yang menawarkan pelbagai manfaat sehingga RM25,000 sekiranya berlaku kejadian luar jangka itu merupakan hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan dengan kerjasama Mykhairat Management Services Sdn. Bhd.

 

Halimaton ketika ditemui memberitahu, pemberian skim insuran berkenaan merupakan salah satu cara yang difikirkannya untuk memastikan rakyat yang terjejas akibat kejadian banjir kilat itu menerima bantuan yang setimpal berdasarkan nilai kerugian yang dialami masing-masing.

 

Penyerahan skim berkenaan dalam bentuk sijil itu dilaksanakan salam satu majlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Subang  di sini yang turut disertai Pengarah Urusan Mykhairat Management Sdn. Bhd., Mohd. Yusni Ismail. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.