MB Kedah Menangis di Pusara Bonda

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah tidak dapat menahan sebak apabila menziarahi pusara bondanya, Allahyarham Che Liah tadi.

 

Satu Majlis tahlil ringkas diadakan di pusara bondanya dan pada ketika bacaan doa, beliau tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata.

 

Beliau meluangkan masa selama 30 minit sejurus selepas mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit.

 

Isnterinya, Datin Seri Hizam Awang serta anak-anaknya turut menemaninya menziarahi pusara bondanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.