‘Jangan Hina Saya Sampai Macam Tu’

Alor Setar – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui berasa terguris dengan serangan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu menyebarkan gambar yang memaparkan seolah-olah beliau tertidur di ketika menghadiri salah satu majlis di istana Anak Bukit baru-baru ini.

 

Ahmad Bashah berkata, walaupun ada dikalangan mereka yang dibayar untuk melakukan kempen politk namun tindakan untuk menyerang dan menghina peribadinya adalah merupakan satu tindakan yang tidak bertanggubgjawab.

 

“Saya cukup terguris, mereka tak patut hina orang sampai macam itu, kena ingat satu hari nanti kita akan menghadap sama-sama (berjumpa lagi), kalau pun diupah (tidak perlu) hina seperti itu.

 

“(Isu) tahap pendidikan (merupakan) serangan peribadi, saya tak kisah (sebab) kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdasarkan pengalaman, saya akan jalankan tugas dengan amanah tersebut,” katanya ketika sidang media sejurus selepas maslis angkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Anak Bukit di sini.

 

Ahmad Bashah turut menyifatkan sindiran bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam yang meminta supaya beliau tidak tidur ketika majlis angkat sumpah sebagai serangan peribadi.

 

 

“Saya tak kisah serangan peribadi, tapi tugas saya akan laksanakan. Mungkin lama-kelamaan saya tak respon serangan peribadi kerana itu adalah mainan politik, mana-mana ada.

 

“Sebagai orang politik dah lama ini saya tak ambil kisah. Yang penting nak bawa perubahan negeri Kedah dengan sokongan daripada pegawai-pegawai dan peringkat negeri dan Persekutuan yang yakin dengan perubahan di Kedah.

 

Terdahulu, Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

 

Mukhriz semalam mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta susulan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.