Dividen Yang Baik Buat Pencarum KWSP Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengisytiharkan dividen yang ‘baik’ tahun ini, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

 

Pengumuman itu akan dibuat selepas Tahun Baharu Cina, katanya kepada pemberita selepas taklimat media, di sini hari ini.

 

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan angkanya.

 

KWSP mengumumkan dividen 6.75 peratus bagi tahun 2014, lebih tinggi berbanding 6.35 peratus yang diumumkan pada 2013. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.