‘Soal Utama Adalah Kenaikan Harga Barangan Bukannya Bangsa’ – Tun Dr Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai cara negatif untuk menangani isu harga barangan.

 

Beliau berkata persoalan utama adalah kenaikan harga barangan dan kejatuhan harga minyak, bukan melibatkan bangsa.

 

Menurutnya, Sabri disifatkan tidak berfikir ketika mengeluarkan kenyataan itu.

 

“Soal utama adalah kenaikan harga barangan dan bukannya bangsa.

 

“Tidak ada isu bangsa walaupun peniaga dalam negara ini adalah bangsa Cina,” katanya selepas merasmikan majlis pengisytiharan FRIM sebagai Warisan Kebangsaan di Dataran FRIM, di sini.

 

Beliau berkata, tidak sesuai berkelahi mengenai isu harga melibatkan kaum.

 

Mahathir berkata, rakyat tidak menerima faedah daripada kejatuhan harga minyak kerana nilai ringgit yang menurun.

 

Menurutnya, semua perniagaan menggunakan elemen pengangkutan dan ianya perkara penting.

 

“Rakyat mungkin mendapat kebaikan daripada kejatuhan harga ninyak tetapi hanya sedikit” katanya.

 

Ismail Sabri dalam kenyataannya di akaun Facebook secara terbuka menyeru pengguna memboikot peniaga Cina yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan menaikkan harga dan menindas pengguna.

 

Kenyataan itu berikutan orang ramai tidak berpuas hati dengan kedegilan peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun kerajaan sudah menurunkan harga bahan api petrol serta diesel sebanyak tiga kali sejak Disember lalu hingga 1 Februari lalu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.