Saya Tidak Akan Minta Maaf – Ismail Sabri

Putrajaya – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau masih belum dipanggil oleh Polis DIraja Malaysia (PDRM).

 

Beliau yang di temui turut mengulanggi kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya untuk menggesa orang Melayu supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

 

“Saya tidak akan tarik balik kenyataan saya, dan tidak akan mintak maaf” katanya ketika sidang media khas ketua-ketua Umno bahagian sebentar tadi.

 

Beliau turut menjelaskan Perdana Menteri dijangka akan membuat pengumuman rasmi petang ini berhubung isu yang dibangkitkan.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Ismail akan direkodkan pada petang ini (Rabu).
“Kami telah memanggil beliau dan beliau telah bersetuju untuk memberi kerjasama sepenuhnya.
“Bagaimanapun kami sedang mengaturkan pertemuan dengan beliau pada waktu petang selepas mesyuarat kabinet berakhir,” katanya.

 

Ahad lalu menerusi posting di Facebook, Ismail menggesa pengguna Melayu supaya memboikot perniagaan orang Cina yang sengaja menaikkan harga barang tanpa sebab.

 

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.