Video: Pesawat Taiwan TransAsia ATR-72 Terhempas

Sebuah pesawat milik Taiwan TransAsia ATR-72 dilaporkan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taipei, Taiwan selepas sayapnya terlanggar jambatan bertingkat, demikian menurut laporan media tempatan.

 

Pesawat tersebut dipercayai membawa seramai 58 orang penumpang. Beberapa orang dilaporkan mengalami kecederaan dalan insiden tersebut.

Laporan oleh media tempatan menyebut berpuluh-puluh orang telah berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital berdekatan sementara 10 orang penumpang dilaporkan masih terperangkap dalam pesawat malang itu.

 

Ini adalah insiden kedua membabitkan pesawat milik Taiwan TransAsia dalam tempoh kurang setahun selepas pesawat miliknya kali terakhir terhempas pada Julai tahun lepas disebabkan cuaca buruk yang membunuh seramai 48 orang penumpang. – SuaraTV

Taiwan Plane

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.