Nik Aziz Tidak Sabar Mahu Keluar Hospital – Nik Abduh

Kuala Lumpur – Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin sihat dan beliau amat menantikan kebenaran daripada para doktor untuk pulang ke kediamannya.

 

Demikian perkembangan terbaru yang dikongsi anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz di laman Facebooknya.

 

“Ayahanda dalam keadaan stabil dan terus dipantau oleh para doktor. Kami berharap ayahanda akan dibenarkan pulang beberapa hari lagi dan berehat di rumah.

 

“Ayahanda sendiri kelihatan menanti-nanti hari pulang. Terima kasih kepada kaki tangan hospital yang memberikan yang terbaik daripada mereka untuk ayahanda,” tulis Nik Abduh.

 

Bekas Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat kesihatannya yang merosot selepas Kelantan dilanda banjir baru-baru ini.

 

Ramai pemimpin PAS termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melapangkan masa menziarahi tokoh politik yang disegani ramai itu.

 

Di laman Facebook juga kelihatan banyak ‘posting’ yang mendoakan kesihatan Nik Aziz agar kembali sembuh dan dipanjangkan umur.

 

Lebih mengharukan pelayar internet bukan Islam juga turut tidak ketinggalan mendoakan kesejahteraan Nik Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.