MU Tamatkan Kempen Cambridge

Manchester – Jaringan Juan Mata, Marcos Rojo dan James Wilson memberikan Manchester United kemenangan selesa 3-0 ke atas Cambridge United dalam aksi Piala FA ulangan pusingan keempat awal pagi tadi, lapor AFP.

 

Jaringan pada separuh masa pertama dari Mata dan Rojo meletakkan United dalam kawalan sebelum Wilson menambah gol ketiga.

 

Dengan kemenangan ini, United tempah tiket menentang Preston North End dalam pusingan kelima.

 

Sebelum itu, Preston North End langakh ke pusingan kelima dengan menewaskan Sheffield United 3-1.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.