Militan Wanita Iraq Dituntut ISIS Dihukum Mati

Jordan menjalankan hukuman mati terhadap militan wanita Iraq yang dipenjara yang dituntut oleh ISIS.

 

Ini merupakan tindak balas terhadap tindakan ISIS yang membakar hidup juruterbang Jordan menurut sumber keselamatan, lapor Reuters.

 

Membalas kepada tindakan pembunuhan juruterbang, pihak berkuasa Jordan menjalankan hukuman mati terhadap seorang lagi banduan Al-Qaeda atas serangan upah terhadap kerajaan pro-Barat dalam dekad yang lalu.

 

Sajida al-Rishawi, wanita militan Iraq, telah dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam serangan bom berani mati tahun 2005 yang mengorbankan 60 orang.

 

Ziyad Karboli, seorang warga Iraq Al-Qaeda didapati bersalah pada tahun 2008 kerana membunuh  seorang warga Jordan, juga dihukum mati pada waktu subuh, menurut sumber itu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.