Marsha Tunggu Jodoh

PENYANYI dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 29, tidak mahu terburu-buru untuk menamatkan zaman bujangnya, meskipun sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka Melayu, sejak setahun lalu.

 

“Ya, dalam hati ini sudah ada seseorang dan kami sudah berkawan lama. Tapi, soal kahwin, saya rasa lambat lagi perjalanan itu.

 

“Saya tak mahu bercakap banyak mengenai soal (kahwin) ini, kerana ia takdir Tuhan.

 

“Sama ada saya kahwin tahun ini atau tidak, kita tunggu sajalah. Saya berserah,” katanya kepada Zass ketika ditemui selepas pelancaran Pizza Hut’s Pastry Crown Pizza di Kota Damansara, baru-baru ini.

 

Mula dikenali sebagai penyanyi sejak menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha bagaimanapun dilihat lebih menyerlah sebagai pelakon dan pengacara. Pun begitu, Marsha tetap ingin mengembangkan kariernya dalam nyanyian.

 

“Kini, fokus untuk tahun ini seimbangkan karier saya dalam ketiga-tiga bidang itu.

 

“Saya tak mahu peminat hanya mengenali saya hanya dalam bidang tertentu,” katanya.

 

Menurut Marsha, dia kini mengumpul material untuk single terbaharunya yang dijangka dilancarkan selewat-lewatnya, Mei depan.

 

“Bukan senang nak dapat material bagus apatah lagi pendengar kini semakin bijak mendengar lagu pilihan mereka.

 

“Tajuknya belum dapat dipastikan lagi tetapi ia berkonsep balada dan  kisah percintaan.”Sebenarnya, saya mahu mengimbas kembali zaman kegemilangan semasa dan selepas AF3,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Keluarga Ponti Mau arahan Khabir Bhatia selain telefilem arahan rakan baiknya, Michael Ang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.