Malukan Peniaga Degil Di Media Sosial – Khairy Jamaluddin

Kuala Lumpur – Jika peniaga meletakkan harga terlalu tinggi, malukan mereka di laman sosial, cadang Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

 

Katanya itu cara terbaik bagi memberikan pengajaran kepada peniaga terbabit, menggunakan kuasa pengguna.

 

“Libatkan diri dengan kumpulan pengguna dan aktivis. Nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga yang terlalu tinggi pada media sosial,” ujarnya di laman Facebooknya.

 

Khairy berkata, mesej yang penting dalam isu seperti ini ialah kuasa pengguna dan pengguna seharusnya menggunakan kuasa mereka.

 

Media sosial akui banyak pihak memainkan peranan penting untuk menaikkan atau menjatuhkan mana-mana individu.

Ujar Khairy lagi, dalam keadaan harga minyak telah turun, pengguna seharusnya memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.

 

“Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan, pulau sahaja. Kalau terlalu tinggi, lapor kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan mereka boleh menguatkuasakan Akta Pencatutan.

 

“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.