Lenovo Sisley S90, ‘Klon’ iPhone 6 Kini Di Malaysia

Kuala Lumpur – Bagi pengguna yang menggemari reka bentuk peranti seperti iPhone 6, ada satu telefon pintar keluaran Lenovo yang memiliki rupa seakan-akannya dan kini boleh didapatkan di pasaran Malaysia.

 

Lenovo Sisley S90 telah dilancarkan secara rasmi pada November lalu, dengan kini senQ telah tampil dengan promosi untuk peranti ini, yang dijual pada harga RM939, lapor portal teknologi Lowyat.net.

 

Meskipun tidak menggunakan material yang sama daripada segi pembuatannya dengan iPhone 6 serta beberapa spesifikasi lain, peranti dual-SIM ini masih berbaloi dimiliki dengan harga di bawah RM1000.

 

Memiliki ukuran kenipisan pada 6.9mm, peranti ini menawarkan skrin 5 inci dengan paparan 720 piksel Super AMOLED, dikuasakan oleh pemproses empat teras 1.2 GHz Snapdragon 410 dengan GPU Adreno 306, dan sistem operasi Android 4.4.

 

Selain itu, peranti ini memiliki prestasi yang baik bagi kelas sederhana dengan 2GB RAM serta storan terbina sebanyak 32GB, di samping sambungan LTE.

 

Ada dua pilihan warna, emas dan kelabu, peranti inspirasi daripda iPhone 6 ini turut memiliki kamera utama 13MP dengan LED dan sensor PureCel, serta kamera hadapan 8MP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.