Larang Jual Arak Di Kedai Milik Orang Islam

SHAH ALAM – Syarat penjualan arak perlu diperketatkan agar minuman itu langsung tidak dijual di kedai milik orang Islam.

 

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, aktiviti menjual dan meminum arak bertentangan dengan budaya Islam.

 

“Kita tidak boleh halang kedai-kedai kecil atau pasar raya besar jual arak. Itu hak mereka dan kita juga tidak boleh halang orang bukan Islam minum arak.

 

“Tetapi kita masih boleh kawal penjualannya kepada orang Islam. Caranya dengan melarang restoran, kedai atau kelab-kelab milik orang Islam menjual arak,” katanya, semalam.

 

Menurutnya, jualan arak secara terbuka ketika ini membuatkan ramai orang Islam merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.

 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar hidangan arak dihadkan di kawasan tertentu.

 

“Misalnya ramai orang Islam ke kelab atas urusan perniagaan. Namun, timbul rasa kekok apabila arak turut dihidangkan bersama minuman lain.

 

“Kita sarankan kepada perniagaan kelab-kelab mengasingkan kawasan menghidang dan meminum arak. Jadi dengan cara ini orang Islam akan rasa selesa,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.