Kekok Buat Kerja Rumah, Riezman Doakan Bertemu Jodoh Kembali

Petaling Jaya – Pelakon dan usahawan Riezman Khuzaimi berhasrat mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya pelakon Kartina Ayub.

 

Bercakap kepada sebuah blog hiburan, pelakon filem paranormal berjudul Jengka itu berkata dia sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mereka dijodohkan semula.

 

“Akan rujuk dan saya sentiasa berdoa dengan izin Tuhan kalau dijodohkan semula sebab bukan baru dah lama. Benda ini jadi pun macam tak percaya. Tapi kita kena yakin kuasa Allah”

 

“Kami tidak mempunyai masalah. Ini satu aturan Tuhan dan saya dan bekas isteri masih berkawan kerana itu semua adalah jodoh. Kawan tetap kawan untuk anak-anak,” katanya yang turut menyatakan dia dan Kartina kini menjadi rakan dan tidak pernah bermusuhan.

 

Riezman Khuzaimi turut mendedahkan yang dia kini agak kekok apabila kerja-kerja rumah yang dilakukan isteri sebelum ini terpaksa dilakukannya sendiri.

 

“Bila masuk tahun 2015, saya terpaksa buat semua sendiri. Kekok itu memang kekok seawal permulaannya” tambahnya.

 

Riezman sah bercerai talak satu dengan Kartina di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 13 Januari 2015.

 

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak – Afiq Kiraman, 12 dan Ruzain Nars, 7, selain Tatiana Batrisya (20) anak hasil perkahwinan pertama Kartina. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.