Kegiatan Pembalakan Perlu Dikurangkan – Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa kegiatan pembalakan dikurangkan bagi mengelakkan bencana banjir besar berulang di Pantai Timur.

 

Menurut beliau, tindakan mencegah pembalakan haram sahaja tidak mencukupi malah kerajaan juga perlu mengawal pembalakan berlesen.

 

Tegas beliau, negara mempunyai sumber kekayaan lain dan tidak perlu terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata.

 

“Antara salah satu sebab banjir berlaku di Kelantan, Pahang dan Terengganu adalah sebab pokok dipotong.

 

“Kalau kita tidak berjaya menyelesaikan masalah ini, kita bimbang bencana banjir yang sama berulang setiap tahun,” katanya selepas melawat Projek Digital Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di FRIM di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.