Kalau Hadi Datang, Saya Datang – Kit Siang

Skudai – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersedia menghadiri mesyuarat tertinggi Majlis Presiden PR sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan kesudian menghadiri mesyuarat berkenaan. lapor Sinar Harian.

 

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk tidak menghadiri mesyuarat itu namun beliau sedia mengubah keputusan demi keyakinan rakyat terhadap PR.

 

“Sebelum ini saya pernah keluarkan kenyataan sekiranya PAS tidak hiraukan dasar bersama PR, maka saya tidak akan hadir apa-apa mesyuarat tertinggi PR.

 

“Namun saya faham hasrat rakyat yang menaruh harapan terhadap PR jadi saya sedia hadir ke mesyuarat.

 

“Saya rela hadir sekiranya Hadi Awang juga hadir tapi sampai sekarang saya tidak tahu jika tarikh sudah ditetapkan untuk mesyuarat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.