ISIS Bakar Tebusan Jordan Hidup-Hidup

Beirut – Kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengeluarkan video pada Selasa kononnya menunjukkan juruterbang pejuang Jordan dibakar hidup, dalam pelaksanaan hukuman militan itu yang paling kejam, lapor AFP.

 

Durasi video selama 22 minit itu yang dikeluarkan dalam talian menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan seperti Maaz al-Kassasbeh diselubungi api di dalam kurungan di mana dia dikurung.

 

Amman mengesahkan kematian juruterbang yang berusia 26 tahun itu, manakala kesahihan video ini masih belum ketahui.

 

Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, kata televisyen negara.

 

Tentera memberi amaran bahawa “darah syahid yang tidak akan sia-sia dan pasti akan dendam atas kejadian kejam ini yang menyentuh semua warga Jordan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.