Keluarga Harap Gadis 13 Tahun Dapat Teruskan Hidup Selepas Perogol Dijatuhi Hukuman Penjara

KOTA KINABALU: Keluarga kepada mangsa rogol berusia 13 tahun berharap gadis itu dapat meneruskan kehidupannya dan kembali ke sekolah setelah pelakunya telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Kumpulan hak asasi manusia memberi pujian terhadap pelaksanan hukuman itu, dengan berkata, ia menghantar mesej yang “kuat dan jelas” kepada bakal perogol.

Ibu saudara yang menjaga gadis itu berkata, dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan bercita-cita untuk menjadi doktor.

“Kami hanya mahu dia meneruskan hidup dan mencapai impiannya,” kata adik kepada bapa gadis itu di luar Mahkamah Sesyen selepas pengurus restoran berusia 41 tahun Riduan Masmud, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan.

Riduan didapati bersalah merogol gadis tersebut, yang ketika itu berusia 12 tahun, di dalam sebuah kereta di tepi jalan berhampiran Air Terjun Kionsom Inanam antara pukul 9 dan 10 pagi pada 18 Februari tahun lepas.

Pada 20 Mei tahun lalu, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan gadis itu, tetapi Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneruskan kes dan mendakwanya atas kesalahan tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ummu Kalthom Abdul Samad ketika menjatuhkan hukuman terhadap Riduan berkata, gadis itu telah berhenti sekolah sejak kejadian itu dan kehilangan “kehidupan remajanya” apabila dia menjadi seorang suri rumah.

Menyokong terhadap pelaksanaan hukuman itu, Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah berkata, penalti itu akan menghantar mesej yang kuat kepada bakal perogol yang tidak dapat menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dan kemudian cuba untuk memanipulasi sistem perundangan bagi melepaskan diri daripada hukuman.

“Ini adalah penting kerana kes rogol yang melibatkan kanak-kanak di Sabah pada tahap yang membimbangkan,” kata Presidennya, Winnie Yee.

Beliau berkata, 80% daripada kes-kes rogol di negeri ini pada tahun lepas melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun.

Daripada jumlah itu, 17% boleh dikategorikan sebagai pedofilia apabila mangsa berusia 13 tahun ke bawah manakala perogol berumur sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.