Zuraida Nafi Azmin Bawa Anggota PKR Keluar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin nafi bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini mengetuai gerakan membawa keluar ahli parti. 

Zuraida menegaskan dakwaan yang dipalitkan terhadap Timbalan Presiden PKR itu adalah khabar angin semata-mata. 

“Khabar angin adalah khabar angin,” kata Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditanya wartawan berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas juga desas-desus pertemuan anggota PKR yang didakwa membincangkan calon Perdana Menteri, Zuraida menyatakan beliau tidak pasti berhubung perbincangan itu dan meminta polemik isu jawatan perdana menteri dihentikan.

“Mari kita maju ke hadapan, buat kerja masing-masing dan lihat apa yang akan berlaku dua tahun akan datang,” katanya lagi.

Berhubung laporan sebuah blog kononya Pendaftar Pertubuhan (ROS) bakal menggantung PKR kerana berlaku penipuan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, Zuraida berkata PKR belum menerima sebarang notis daripada ROS.

“Saya tidak baca lagi artikel berhubung perkara itu tetapi apa-apa pun sebarang aduan harus dibuat mengikut prosedur dan saluran yang betul termasuk dari segi proses,” katanya, sambil menambah isu berkaitan pergantungan jika ada akan dijawab oleh setiausaha agung PKR.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.