VIDEO: Jemaah Berhimpun Tak Puas Hati Imam Masjid Perlis Dipecat

Kangar – Kira-kira seramai150 ahli jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kampung Guar Syed Alwi di Kangar berhimpun secara aman bagi membantah pemecatan imam di masjid itu, hari ini.

Selepas solat Jumaat siang tadi, sekumpulan ahli kariah Masjid berhimpun bagi membantah ‘pemecatan’ imam di masjid itu.

Mereka turut berhimpun secara aman dengan mengangkat sepanduk ‘Tukar Mufti dan Pengarah Jabatan Agama Islam Bukan Tukar Imam’ dan ‘Pecat Imam Hanya Untuk Menuju Perlis Maju’.

Sementara itu, mengulas perhimpunan bantahan berkenaan, Mohd. Asri dilaporkan menyifatkan tindakan segelintir imam yang membantah penamatan jawatan mereka adalah disebabkan soal elaun yang tidak lagi diterima.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan sesetengah jemaah masjid yang mengadakan bantahan berhubung soal pemecatan itu adalah tidak memberi sebarang manfaat kerana keputusan yang telah dibuat itu sudah muktamad.

“Himpunan itu tidak dapat mengembalikan semula jawatan kesemua imam yang ditamatkan kontrak itu.

“Sebenarnya faktor utama mereka ini membuat bantahan adalah disebabkan elaun dan selesa menerimanya melalui peruntukan sedia ada sebelum ini,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.