Melayu Jangan Takut Untuk Menjadi Kurang Ajar

KUALA LUMPUR – Masyarakat Melayu perlu berani mempertahankan maruah Raja-raja Melayu yang kini tercabar kata blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin. 

Saranan itu jelasnya merupakan nasihat bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam pada 35 tahun yang lalu, dan kini dilihat sangat relevan dan munasabah. 

Apatah lagi jelas Petra kini Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat mencabar kedudukan Raja-raja Melayu menerusi kempen Semarak  yang dilancarkan sebelum ini selain tercetusnya fitnah-fitnah yang dilontarkan. 

“Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah melancarkan kempen yang dipanggil Semarak untuk mecabar dan memalukan Raja-Raja Melayu. 

“ Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Pahang, Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor telah dituduh dengan berbagai salahlaku, kebanyakannya rekaan dan fitnah semata-mata.

“Hari ini, 30 tahun kemudiannya, kempen anti-Raja sudah kembali. Kempen menghina Islam dan memperkecilkan orang Melayu juga turut dilancarkan,” kata beliau. 

Tambah Raja Petra, wujud rakyat yang kini bersikap biadap menentang Raja-raja, Islam dan masyarakat Melayu khususnya. 

“Sesetengah rakyat sudah tidak takut untuk bersikap kurang ajar terhadap Raja-Raja, Islam dan orang Melayu.

“Melayu khususnya, lebih dari 500 tahun telah dijajah, dihina dan menjadi hamba di negara mereka sendiri,” tambah beliau. 

Raja Petra berkata demikian dalam masa yang sama melampirkan laporan berita Tun M berkata Tun Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memahami konsep Persekutuan ekoran kritikan baginda terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata, Tunku Ismail belum dilahirkan ketika Persekutuan diwujudkan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.