Ingatkan Mahu Dedah Keburukan, Rupanya Kebaikan – Najib

KUALA LUMPUR – Ingatkan mahu dedah keburukan, rupanya dedah kebaikan.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas pendedahan Menteri Industri Utama, Teresa Kok tentang kerugian RM800 juta Lembaga Getah Malaysia (LGM) pagi tadi.

Kata Najib, pendedahan itu hanya membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) ‘terlampau menjaga kroni’ kerana menjual tanah  milik LGM secara tanpa tender kepada Aset Tanah Nasional Berhad (ATNB) sebelum menjualnya pula kepada syarikat Kwasa Land, sebuah syarikat milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Nampaknya Teresa Kok juga tidak puas hati bahawa tanah LGM itu selepasnya dijual tanpa tender kepada KWSP pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion (RM18.70 untuk setiap kaki persegi).

“Dua tahun selepas membeli tanah ini, KWSP mengumumkan bahawa pakej pertama sahaja untuk tanah ini akan menjana hasil penjualan RM11 bilion iaitu harga RM187 untuk setiap kaki persegi. Ini ialah keuntungan 10 kali ganda ataupun 1,000%,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Teresa pada pagi tadi mendedahkan tanah LGM di Sungai Buloh, Selangor itu dijual pada Oktober 2010 kepada ATNB menerusi jualan langsung dengan LGM dibayar sebanyak RM1.5 bilion.

Bagaimanapun. Teresa berkata, kini terbongkar yang ta­nah seluas 1,133 hektar itu kemudiannya dibeli oleh syarikat Kwasa Land pada harga RM2.28 bilion iaitu berbeza RM800 juta daripada apa yang dibayar kepada LGM.

Mengulas lanjut, Najib berkata, sekiranya kerajaan pimpinannya tamak, tanah tersebut tidak akan dijual kepada KWSP sebaliknya dijual secara tender terbuka atau dijual kepada syarikat swasta kroni mereka.

“Tetapi kita tidak buat begitu (kerana) mahu KWSP untung.

“Rupanya, kerajaan BN di bawah saya terlalu melampau untuk menjaga kroni-kroni kita iaitu pencarum KWSP dan rakyat,” katanya.

Sindirannya itu turut mendapat perhatian Pengerusi LGM, Sankara N. Nair yang mahu Najib menjelaskan apa yang terjadi kepada jumlah RM800 juta yang dikatakan hilang dalam transaksi tersebut.

“Jangan cuba kelirukan isu ini. Anda cuma ada satu soalan yang perlu dijawab, iaitu jelaskan di mana dan apa terjadi pada RM800 juta berkenaan,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

One thought on “Ingatkan Mahu Dedah Keburukan, Rupanya Kebaikan – Najib

  • January 4, 2019 at 1:18 pm
    Permalink

    Teruskan siasat untuk cari kebenaran samada seleweng atau rasuah?? Mgkn ada lagi akan jumpa bukti2 lain2 semasa umno perintah dulu?? Bersihkan sifar rasuah pecah amanah?? Tahniah PH !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.