Caj Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Di Hospital Kerajaan Cecah RM100 Membebankan Ibu Bapa

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tidak berpuas hati apabila anaknya yang akan masuk ke sekolah agama kerajaan dikenakan caj pemeriksaan kesihatan sehingga RM100.

Beliau yang mahu dikenali dengan nama Abu Ubaid memberitahu, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan sepatutnya menyelaraskan mana-mana sekolah berasrama penuh termasuk sekolah agama dikecualikan daripada pembayaran itu.

Menurutnya, bayaran RM100 dikenakan untuk pakej asas seperti pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine feme.

“Saya mohon jasa baik mana-mana Ahli Parlimen tidak mengira pro kerajaan atau pembangkang untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

“Tidakkah kalian melihat ia satu bebanan kepada rakyat apabila dipaksa membayar caj perkhidmatan yang disediakan untuk anak yang masih dikategorikan sebagai pelajar,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Abu Ubaid, kenapa pelajar ke sekolah agama kerajaan tidak dikecualikan daripada membayar caj pemeriksaan kesihatan seperti pelajar lain yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Katanya, caj itu tentu membebankan mereka terutama dari keluarga miskin yang memerlukan kos tinggi untuk menyediakan peralatan persekolahan anak.

Beliau menuntut kerajaan atau Kementerian Pendidikan mengkaji semula caj pemeriksaan kesihatan yang dikenakan Kementerian Kesihatan ke atas pelajar berkenaan. – MalaysiaGazette

Pelajar yang ditawarkan ke sekolah agama kerajaan perlu dikenakan pemeriksaan kesihatan yang dicajkan sebanyak RM100.

4 thoughts on “Caj Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Di Hospital Kerajaan Cecah RM100 Membebankan Ibu Bapa

  • January 4, 2019 at 1:28 pm
    Permalink

    PH kena siasat juga sifarkan cas pelajar atau sbgnya?? Menteri tk tahu ke?? Siapa luluskan kena byr cas2 semua??

    Reply
  • January 4, 2019 at 1:31 pm
    Permalink

    apa pasal jd macam nih. anak saya buat medical checkup utk ipta pun rm20 je. zamn bn dan zaman ph sama je. ni budak sekolah kot. dia warganegara juga kannnn..

    Reply
  • January 5, 2019 at 3:50 pm
    Permalink

    Kita pun kena medical utk masuk giatmara je pun caj spi RM80.00 utk pelajar yg tgu result spm 2018 hairanlah jugak tpi tyalah juga dulu free je pendaftar jwb sistem baru kerajaan baru ktanya😊 Itupun sya buat tuntutan balik hasil RM30.00 sbb terlebih byr sbb tak ada x-ray

    Reply
  • July 10, 2019 at 12:23 pm
    Permalink

    Gila betul dulu boleh buat di klinik swasta,sekarang mengada2 Kene klinik kerajaan..memang ph ni lintah darat..tak habis2 nak menyusahkan rakyat..ni si bodoh budak2 PTPTN la ni naik kan parti bodoh MCM ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.