25 Imam Fikir Dulu Sebelum Bertindak

KUALA LUMPUR – Semua 25 imam yang dipecat termasuk 10 yang ditukarkan diharap bertenang, kata pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perlis Ruzaini Rais.

Jelasnya tindakan itu di bawah bidang kuasa 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

“Justeru saya berharap imam-imam terlibat bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

“Saya dengar mereka yang tidak berpuas hati akan mengadakan piket di beberapa buah masjid selepas sembahyang Jumaat esok,” katanya dipetik Bernama.

Ruzaini turut meminta imam-imam terbabit berfikir banyak kali sebelum melakukan sesuatu tindakan termasuklah berdemonstrasi .

Surat pemecatan dan pertukaran imam-imam terbabit bertarikh 31 Dis lepas ditandatangani oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan.

Dr Hazman, bagaimanapun, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan beliau namun difahamkan pemecatan dan pertukaran mereka ke kariah lain atas beberapa sebab antaranya dikatakan tidak sehaluan dengan pihak tertentu dan faktor usia.

Sebelum itu 16 orang guru takmir dipecat oleh JAIPs pada Disember lepas kerana didakwa tidak melaksanakan arahan pihak atasan.

Ruzaini berkata beliau difahamkan sebelum tindakan itu diambil semua imam berkenaan telah diberi taklimat.

“Selaku pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, saya akan cuba membantu mana yang boleh agar isu ini diselesaikan dengan baik,” tambahnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.