1MDB: Najib & Arul Kanda Dibicarakan Bersama

KUALA LUMPUR- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara bersama membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda atas dakwaan meminda laporan audit syarikat itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membuat keputusan pagi ini selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan, Tan Sri Gopal Sri Ram, pada prosiding sebutan kes itu awal pagi ini.

Terdahulu pertuduhan ke atas Arul Kanda dibacakan semula oleh jurubahasa susulan pertuduhan ke atas beliau sebelum ini dibuat dihadapan hakim lain.

Arul Kanda mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan bersubahat dengan bekas Najib untuk meminda laporan akhir pengauditan 1MDB.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula kes. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.