‘Wanita Serigala’ Dari Thailand, Seluruh Mukanya Berbulu, Tapi Kini Bahagia

Guinness World Records pada  2010 pernah menyebutnya sebagai remaja paling seksi di dunia.

Supatra Susuphan yang akrab dipanggil Natty sebenarnya mengalami keadaan genetik yang jarang berlaku.

Keanehan yang dialami oleh wanita dari Bangkok, Thailand ini menyebabkan berlakunya pertumbuhan rambut yang berlebihan.

Keadaan seperti  ini disebut sebagai Sindrom Ambras atau  lebih popular dengan nama Sindrom Werewolf.

Supatra Susuphan bersama pasangan (BANGKOK COCONUTS)

Badan Natty dikatakan dipenuhi dengan bulu halus seperti ‘serigala’.

Kejadian yang jarang berlaku ini hanya dialami oleh 50 orang di dunia.

Sebenarnya, semasa kecil Natty pernah menerima rawatan laser.

Namun percubaan itu tidak berjaya dan rambutnya terus  tumbuh kembali.

Disebut oleh wartawan Grid.ID dari Morning News, bapanya mengatakan bahawa muka Natty bersih dari rambut

Sebenarnya tidak ada rawatan yang mujarab untuk mengatasi sindrom yang dialami oleh anak perempuannya.

Menurutnya,  Natty hanya bercukur untuk menghilangkan bulu berkenaan.

Dalam akaun Facebook peribadinya, Natty memaklumkan dia telah berkahwin.

“Anda bukan hanya kekasih pertamaku, Anda adalah cinta dalam hidupku,” tulis remaja 17 tahun tersebut dalam keterangan gambarnya.

Hidup di Thailand, sejak kecil, dia terpaksa menerima layanan yang tidak menyenangkan.

Walau bagaimanapun, Natty sentiasa berfikir secara positif.

“Saya tidak merasa berbeza dari orang lain. Terdapat banyak kawan di sekolah,” katanya.

Walaupun tidak seperti orang lain, Natty tetap yakin pada dirinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.