Tuntut Cerai, Suami Lebihkan Dirinya Daripada Ibu

RIYADH – Seorang warga Arab Saudi berusia 29 tahun terkejut besar apabila isterinya menuntut perceraian.

Menurut Saudi Gazette, lelaki berkenaan yang sudah ditinggalkan isterinya itu tidak tahu mengapa wanita tersebut mahu menuntut fasakh daripadanya meskipun beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk pasangannya.

Bagaimanapun, si isteri berkenaan tetap bertegas dengan permintaannya itu mahu bercerai malah memberikan alasan yang agak aneh.

Wanita itu mendakwa dia akur suaminya memenuhi segala kemahuannya tetapi tetap bertegas ingin meninggalkan lelaki tersebut kerana pasangannya lebih memilih dirinya (si isteri), berbanding ibunya sendiri.

“Saya tidak boleh mempercayai lelaki yang melakukan segala-galanya untuk isterinya tetapi menolak permintaan kemahuan daripada ibunya sendiri walaupun perkara kecil,” katanya kepada hakim.

Kedua-dua suami dan isteri itu tidak didedahkan nama mereka demi mengelakkan aib kehormatan diketahui umum.

“Seseorang lelaki yang tidak berbuat baik dengan ibunya tidak boleh dipercayai. Dia boleh sahaja berpaling daripada saya bila-bila masa saja pada masa depan,” katanya dipetik Saudi Gazette.

Suaminya yang terkejut kemudian bertanya kepada isterinya, “Bukankah saya meninggalkan keluarga saya sendiri demi awak?”

Beliau kemudian menjawab: “Ya, dan ini jugalah sebabnya mengapa saya mahu menuntut cerai daripada awak.”

Wanita itu berkata, segala dikatakan suaminya di mahkamah adalah benar namun beliau tetap mahu meninggalkannya kerana lelaki itu lebih memilih si isteri, berbanding anggota keluarga termasuk ibunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.