Tak Sabar, Penumpang Ini Nekad Turun Dari Pesawat Melalui Sayap Pesawat, Ternyata Ini Sebabnya

Gara-gara tidak sabar, seorang penumpang pesawat Ryanair nekad turun melalui pintu kecemasan dan sayap pesawat.

Penumpang yang berasal dari Poland dan berusia 57 tahun itu dikatakan tidak sabar untuk turun dari pesawat penerbangan FR8164 laluan London-Malaga yang dinaikinya.

Dia kecewa kerana pesawat tersebut dari awal sudah terlambat sejam ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Stansted London.

Setibanya di Lapangan Terbang Malaga, Sepanyol, penumpang perlu menunggu lagi untuk turun dari pesawat selama setengah jam. Keadaan ini menyebabkan dia hilang sabar

“Lelaki itu kemudian berkata bahawa dia tidak tahan lagi untuk menunggu,” jelas seorang penumpang, .Fernando Del Valle Villalobos.

“Dia membuka pintu kecemasan dan keluar dari pesawat, sambil berkata: ‘Saya akan turun dari sayap pesawat’. Gila,” katanya lagi.

Lelaki tersebut dikatakan duduk di tepi sayap pesawat, sebelum akhirnya kembali masuk ke dalam pesawat selepas dipujuk anak kapal yang bimbang lelaki itu akan melompat dari pesawat.

Diketahui bahawa lelaki itu sebenarnya diserang asma dan memerlukan udara segar, tetapi keperluannya tidak mendapat perhatian pramugari.

“Tidak ada yang tahu bahawa ia sebenarnya nekad memutuskan untuk keluar dari pesawat kerana penyakit asmanya.

“Sepanjang perjalanan saya berbual dengannya dan beberapa kali dia menggunakan inhaler. Dia juga mengatakan bahawa dirinya sebenarnya tidak suka naik pesawat kerana masalah asmanya,” kata seorang penumpang yang duduk di sebelah lelaki tersebut, Raj Mistrynya.

Raj simpati terhadap lelaki itu dan berharap dia tidak akan dihukum meskipun polis di lapangan terbang memaklumkan lelaki tersebut telah melanggar peraturan tempatan.

Dalam pada itu, Ryanair telah mengesahkan mengenai insiden itu, yang disebutnya sebagai “pelanggaran keselamatan lapangan terbang”.

“Polis Lapangan Terbang Malaga akan menahan penumpang tersebut untuk diambil keterangan,” kata jurucakap Ryanair.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.