Suami Kecewa Tumbuk Isteri

MELAKA – Seorang pesara tentera yang mempunyai 11 anak didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencederakan isteri pertamanya lima bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Jaafar Abdul Halim, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Norina Maludin.

Tertuduh yang mempu­nyai dua isteri didakwa me­lakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 54 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Bertam, Bertam Ulu di sini pada pukul 4 petang, 11 Julai 2017, lapr Kosmo

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.