Shafie Apdal, Ke Mana Menghilang Naib Presiden Parti Warisan?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 3 Januari 2018

Naib Presiden Warisan Peter Anthony (orang yang sebelum ini didakwa telah menggunakan pistol untuk mengancam kapitan Cina di Sabah kerana kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu) kini sedang dicari oleh SPRM.

Beliau sebelum ini ditangkap dan direman beberapa bulan lalu atas kes rasuah yang lain tetapi sekarang SPRM gagal untuk menghubunginya berkaitan dengan siasatan terhadap kes lain.

Kes ini seolah-olah berkaitan dengan kes RISDA di mana deposit 10% telah dibayar oleh RISDA pada tahun 2014 untuk membeli tanah berharga RM155 juta. Tanah itu kemudiannya didapati Tanah Warisan dan tidak boleh dijual atau dipindahkan.

Nampaknya deposit 10% (RM15.5 juta) itu kini telah hilang ke dalam akaun bank individu tertentu, yang kini dicari oleh SPRM.
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bekas-menteri-pemimpin-parti-di-sabah-disiasat-1.581627

Seorang lagi yang tidak dapat dihubungi oleh SPRM nampaknya adalah seorang peguam yang mungkin telah mengendalikan transaksi ini. Sudah sebulan SPRM cuba untuk menghubunginya.
http://www.thesundaily.my/node/510489

RISDA berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dipimpin oleh Shafie Apdal ketika itu.

Jika Shafie tahu di mana Naib Presiden dan ‘kroninya’ itu, sila minta beliau untuk menghubungi SPRM dengan segera.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.