Rintihan Rindu Ulangi Kejayaan

Meneruskan kesinambungan kejayaan itu, Wany tampil dengan single terbaru, Rintihan Rindu yang dijangka mendapat sambutan hebat sebagaimana single pertamanya.

“Alhamdulillah selepas kejayaan single pertama, kini saya berpeluang muncul dengan single terbaru, Rintihan Rindu yang juga hasil ciptaan komposer, Ibnu Gouffran.

“Apa yang menariknya, single terbaru ini turut menjadi OST(runut lagu) drama Jurnal Suraya sekali gus membantu memperkenalkan lagu ini kepada peminat di luar sana.

“Saya harap peminat dapat menerima lagu ini dan memberi sokongan sebagaimana sebelum ini,” ujar Wany yang baru sahaja menyambut hari jadi ke-25 baru-baru ini.

Hadiah buat peminat

Tidak sekadar itu, Wany juga berkongsi perancangannya yang bakal tampil dengan album sulung sebagai hadiah buat peminat tidak lama lagi.

“Saya sendiri tidak menyangka syarikat rakaman bersedia menerbitkan album sulung saya biarpun perancangan awalnya bukan dalam masa yang terdekat ini.

“Apa pun saya anggap ini sebagai rezeki dan kepercayaan yang diberikan ini sangat saya hargai, malah berjanji untuk memberikan yang terbaik agar apa yang ditampilkan nanti dapat memberikan kepuasan kepada semua.

“Insya-ALLAH, ia merupakan mini album yang memuatkan lima lagu yang terdiri daripada beberapa single nyanyian saya sebelum ini iaitu Menahan Rindu, Di Sana Cinta Di Sini Rindu (duet bersama Tajul), Rintihan Rindu dan dua lagu baru. Salah satunya dari genre balada dan sebuah lagi lagu tradisional,” jelasnya.

Menurut Wany lagi, lagu tradisional dalam album ini merupakan permintaannya sendiri kerana mahu memberi sedikit kelainan kepada penonton yang sebelum ini sudah biasa mendengar lagu berentak balada.

“Saya sebenarnya memang begitu meminati irama tradisional dan sering menyuarakan hasrat untuk tampil dengan lagu dari genre itu kepada syarikat rakaman.

“Tidak sangka pula mereka memenuhi permintaan itu dengan mendapatkan lagu ciptaan Pak Ngah, sementara Siso sebagai penulis lirik.

“Rakaman sudah selesai dilakukan dan sekarang sedang dalam proses akhir penerbitan album ini sebelum ia menemui peminat tidak lama lagi,” jelasnya teruja.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.