Rampas Suami Orang, Wanita Yang Sedang Mengandung Ini Dibelasah Si Isteri

Naya. Ini yang berlaku kepada seorang wanita yang menjadi kekasih gelap kepada seorang lelaki yang sudah beristeri.

Wanita itu menerima `balasan dendam’ daripada isteri lelaki terbabit. Dia dibelasah di jalanan di percayai di China.

Bukan sahaja dipukul, dia juga telah dipijak di bahagian perut oleh isteri kekasihnya dengan bantuan kawan-kawan perempuannya yang lain.

Selain itu mereka turut menampar pipi dan cuba melondehkan baju yang dipakai wanita itu.

Selepas teruk dipijak dengan kasut tinggi dan dibelasah, wanita itu telah menjerit:

“Cukuplah. Aku mengandung,”.

Namun mereka tidak mempedulikannya sebaliknya terus membelasahnya. Mulutnya berdarah akibat dipukul. Kejadian itu dirakamkan dan telah menjadi viral sejak bulan Oktober tahun lepas.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai wanita terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.